PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
PENGENALAN
 

Program Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang ' flexible ' dan tadak formal yang boleh dijalankan dalam jangkamasa satu tahun atau lebih. Program ini menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. 

Program pendidikan prasekolah melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peringkat ini merupakan asas bagi pemupukan, pembinaan dan penyuburan perkembangan kanak-kanak selanjutnya. Oleh yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini sangat memerlukan pendedahan kepada pendidikan awal yang sesuai. 

Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin untuk menyediakan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

 
| Pengenalan | Matlamat | Objektif | Konsep & Prinsip |