PROGRAM RINTIS 
TECH PREP

Tajuk

Cadangan supaya konsep pembelajaran secara kontekstual - Tech Prep diperluaskan ke sekolah-sekolah Menengah biasa.

Dikemukakan 

Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tujuan
 

1
Memohon pandangan dan pertimbangan Jawatankuasa Kurikulum Pusan mengenai cadangan supaya konsep pembelajaran secara kontekstual - Tech Prep dipeluaskan ke sekolah-sekolah menengah biasa
2
.
Mencadangkan supaya Jabatan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak sebagai penyelaras kepada projek peluasan pembelajaran secara kontekstual.

Latar Belakang

Selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal ( JPT ) sedang berusaha untuk menambah bilangan pelajar aliran Sains dan Teknikal selaras dengan penstrukturan semula Sekolah Menengah Vokasional ( SMV ) kepada Sekolah Menengah Teknik ( SMT ) dan penubuhan beberapa buah lagi SMT baru.  Selari dengan itu juga, JPT telah memperkenalkan kaedah pembelajaran secara kontekstual ( Contextual Learning ) sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di SMT.

Objektif

Objektif memperkenalkan kaedah pembelajaran secara kontekstual ialah untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya meningkatkan pencapai pelajar.

Rasional

Bagi mencapai hasrat Kementerian Pendidikan, usaha perlulah dibuat untuk menarik lebih ramai pelajar memilih aliran yang berasaskan sains dan teknologi.  Pelajar haruslah diberi galakkan dan sokongan yang sewajarnya dengan menyediakan kemudahan fizikal serta kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap prestasi pelajar.  Pembelajaran secara kontekstual adalah merupakan alternatif bagi menarik lebih ramai pelajar terutama daripad golongan pelajar berprestasi sederhana.

Latar Belakang Pelaksanaan Pembelajaran Secara Kontekstual di SMT

Pelaksanaan pembelajaran secara kontekstual di semua SMT telah dimulakan pada tahun 1998.  Sebagai permulaan kaedah ini telah digunakan dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.  Bagi melicinkan pelaksanaan ini, JPT talah melaksanakan beberapa aktiviti iaitu :

1  
.
Menyediakan Modul Panduan Guru dan Teks Pelajar pembelajaran secara kontekstual bagi setiap mata pelajaran
2 Menjalankan kursus dalam perkhidmatan untuk guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan
3 Menjalankan projek perintis kepada beberapa buat SMT selama sebulan
4
.
Pemantapan selanjutnya konsep pembelajaran secara kontekstual melalui projek perundingan di bawah pinjaman ADB5.

Cadangan Pelaksanaan pembelajaran Secara Kontekstual di Sekolah Menengah Biasa

Dijangkakan lebih ramai pelajar dalam kategori bepencapaian sederhana akan mengikuti aliran sains dan teknologi selaras dengan sasaran Kementerian Pendidikan.  Dengan itu adalah dicadangkan pembelajaran secara kontekstual ini diperluaskan ke semua sekolah-sekolah menengah biasa.  Pelaksanaan kaedah ini boleh dibuat dengan menggunakan modul yang telah disediakan oleh JPT.  Guru-guru yang terlibat perlu diberikan latihan pendedahan serta menyesuaikan mereka dengan penggunaan modul.  Pelaksanaan kaedah ini sebaik-baiknya dimulakan pada tahun 2002 iaitu selepas pemantapan kaedah ini dilakukan oleh JPT di peringkat SMT melalui projek perundaingan ADB5.

Implikasi

Pelaksanaan kaedah ini ke sekolah-sekolah menengah biasa akan melibatkan implikasi kewangan yang membabitkan kos pencetakan modul Paduan Guru dan Teks Pelajar, kursus dalam perkhidmatan kepada guru dan peningkatan kemudahan makmal dan bilik darjah. 

Kelulusan Yang Dipohon
 

1  
 
 
Memohon pandangan dan pertimbangan Jawatankuasa Kurikulum Pusat mengenai cadangan supaya konsep pembelajaran secara kontekstual dipeluaskan ke sekolah-sekolah menengah biasa seperti yang disarankan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ( EPC) ke-12
2
 
Mencadangkan supaya Jabatan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi penyelaras kepada peluasan ini.
 

| Tech Prep || Program Rintis || Menu Utama |