PROJEK RINTIS 
PROGRAM SANDARAN ( REKA CIPTA )
 
LATAR BELAKANG 

Kurikulum Reka Cipta talah mula diperkenalkan di 14 buah sekolah rintis pada tahun 1995 dan diikuti dengan 114 buah sekolah pada tahun berikutnya.  Pada masa ini terdapat 160 buah sekolah di seluruh negara.  Reka Cipta adalah satu mata pelajaran elektif bercorak teknologi yang ditawarkan di tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah.  Kurikulum ini berhasrat memupuk celik teknologi dan daya kerativiti sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan pereka cipta yang  bukan sahaja boleh mengguna dan mengaplikasikan hasil teknologi yang sedia ada bahkan menghasilkan barangan baru yang boleh dieksport ke luar negeri.  Disamping pelbagai kemahiran teknikal dan teknik kreativiti dipelajari, pelajar juga mempelajari perisian Reka Bentuk Berbantukan Komputer ( Computer-Aided Design ) yang membantu pelajar menghasilkan model/prototaip dan folio sebagai dua aspek utama dalam penilaian kerja kursus SPM. 

Sebagai satu mata pelajaran berunsur teknologi yang menekankan kreativiti, pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai kemahiran teknikal dan meluaskan perspektif minda mereka bagimenghasilkan produk yang berguna dan bernilai komersil kepada masyarakat sejagat.  Menyedari hakikat ini dan disokong oleh maklum balas daripada guru, pelaksana mata pelajaran ini dari Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ), Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) mencadangkan satu program sandaran untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta.  Program ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan pada 10.6.98. 

KONSEP PROGRAM  

 
 
Progam sandaran ialah satu progam latihan berbentuk pengalaman tempat kerja yang relevan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di industri tempatan semasa cuti persekolahan.
. 
 
Sebagai program rintis, program ini dianjurkan untuk pelajar Tingkatan 4 terpilih semasa cuti panjang persekolahan November/Disember 1998.  Empat belas buah sekolah telah dipilih ( Rujuk Lampiran A ) iaitu sebuah sekolah setiap negeri.
   JUSTIFIKASI PROGRAM 
. 
 
 
Sebagai kurikulum yang memerlukan daya kreativiti yang luas disamping kemahiran teknologi yang relevan, pelajar perlu didedahkan kepada idea dan amalan teknologi terkini di industri supaya mereka boleh mencetus dan mengembangkan idea bagi menghasilkan produk yang inovatif dan benilai komersil.
2 
 

.

Memandangkan pengalaman dan kemudahan di sekolah adalah terhad, progam sandaran seperti ini amat relevan dan bermakna bagi memperluaskan konsep dan kemahiran pelajar terhadap mata pelajaran ini.  Penggabungjalinan pengajaran-pembelajaran di sekolah dengan pengalaman pelajar di industri akan mendedahkan mereka kepada kemahiran-kemahiran generik seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan amalan keusahawanan.
3 

.

Mengikut 'Children an Young Persons ( Employment ) Act 1966' ( muka surat 142 - 143 ) pelajar yang berumur 14 tahun hingga 16 tahun yang diketegorikan sebagai " orang muda " dibolehkan terlibat dalam pekerjaan dalam industri ringan dengan kelulusan / tajaan kerajaan.  Oleh yang demikian pelajar Tingkatan 4 pada akhir tahun adalah melebihi 16 tahun dan oleh itu boleh mengikutii program sandaran ini.
4 
.
Program ini juga akan memberi persediaan awal ke dunia pekerjaan kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
5 

.

Program ini berbeza dengan program Sekolah Ke Kerjaya dan Kursus Latihan Kemahiran Lepasan SPM yang lebih menumpukan kepada memberi pelbagai kemahiran vokasional kepada pelajar yang tidak atau kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.  Program sandaran ini lebih spesifik dan berfokus dari segi tujuan dan peserta.
6 Program sandaran ini dianjurkan pada musim cuti sekolah agar pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran lain tidak terjejas.
7 Usaha seperti ini juga dapat mempereratkan lagi kolaborasi dan kerjasama dua hala di antara sekolah dan industri tempatan.
OBJEKTIF PROGRAM 
Memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan lagi daya kreativiti pelajar.
2 Memperoleh idea dan pengalaman terutamanya dari segi teknik dan amalan perekaciptaan
3 Menghubungkaitkan pelajaran Reka Cipta dengan amalan-amalan firma berkaitan dan
4 Mempelajari budaya kerja terutamanya amalan keusahawanan di sektor swasta
STRUKTUR DAN JAWATANKUASA 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kementerian Pendidikan, khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan dan penyelarasan program ini.  Jabatan Pendidikan Negeri melantik pegawai yang bertnggungjawab menyelia mata pelajaran Reka Cipta sebagai penyelaras program di peringkat negeri yang bekerjasama dengan pengelola program iaitu guru Reka Cipta di sekolah terpilih ( Rujuk Lampiran B ).  Pelajar dipilih menghadiri program sandaran ini digelar pelatih.  Tugas dan tanggungjawab ketiga-tiga peringkat jawatankuasa, firma serta pelatih diperturunkan seperti berikut : 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Menyediakan jadual pelaksanaan dan panduan program Mengurus, menyelaras dan mengawal selia program
 
 
Menguruskan insurans perlindungan pelajar 
 
Menilai dan menyediakan pelaporan keberkesanan  
keseluruhan program
Jabatan Pendidikan Negeri 
Membantu PPK dalam penyelarasan dan kawal 
selia program
Mengenalpasti dan memilih sekolah dan firma 
.
Bekerjasama dengan pengelola program dalam 
urusan pemilihan dan rundingan dengan syarikat
Menyediakan laporan kemajuan dan keberkesanan 
program mengikut negeri kepada PPK
Sekolah 
Menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan 
oleh Pengetua
Bekerjasama dengan penyelaras negeri dalam urusan 
pemilihan dan rundingan dengan syarikat
Menenal pasti dan memilih pelajar yang sesuai 
sebagai pelatih
Mengelola, mengawasi dan menilai latihan dan  
perkembangan pelajar
Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga 
bagi pelajar mengikuti program ini
Membantu JPN menyediakan laporan kemajugan dan 
keberkesanan program
Firma 
Memberi latihan dan tugasan yang relevan kepada 
pelatih
Mengambil tindakan dan melaporkan kepada pihak sekolah 
ibu bapa / penjaga jika ada kemalangan menimpa pelatih
Menyediakan kemudahan dan persekitaran tempat 
kerja yang baik dan selamat
Mengawasi dan menilai prestasi kerja pelatih 
.
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Memberi pengikhtifan kepada pelatih 
.
Pelatih 
Mematuhi peraturan dan prosedur kerja firma Mempelajarai kemahiran teknikal dan proses kerja 
bidang usaha firma
Mempelajari pengurusan dan budaya kerja firma Melaksanakan tugasan yang diberi oleh firma dengan 
baik, cekap dan amanah
 
2. 
 
Program ini khas untuk pelajar yang mengambil Reka Cipta di Tingkatan 4 pada tahun 1998.  Program ini adalah opsional dan hanya pelajar yang berminat dipilih oleh sekolah.
3 
 
Firma-firma yang berhampiran dengan sekolah / rumah kediman pelajar dipilih bagi memudahkan pelajar berulang-alik semasa ke tempat kerja
4 
 
Tempoh program ialah selama dua hingga enam minggu pada musim cuti persekolahan dalam bulan November - Disembar 1998.  Tempoh masa kerja adalah lima hingga seminggu ( Isnin - Jumaat ) dan waktu bekerja tidak melebihi lapan jam sehari.
5 Pelajar dilindungi oleh Insuran MNI dengan priemium RM 5.00 seorang bagi meliputi kemalangan di tempat kerja dan semasa waktu bekerja
BIDANG USAHA KEMAHIRAN 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

    .

Antara bidang usaha firma yang relevan tergolong dalam industri berikut : 
   teknogi pengilangan ringan 
    komputer teknologi dan perisian 
   multimedia dan telekomunikasi 
    bioteknologi 
    teknologi pemprosesan makanan 
    tekstil dan seramik 
   industri reka bentuk dan pengiklanan dan 
    pembinaan dan ukiran perabot
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Antara kemahiran-kemahiran yang sesuai untuk pelajar menguasai dan boleh dijadikan panduan semasa membuat rundingan dengan firma adalah : 
   menguasai teknik dan proses sesuatu bidang usaha 
   menguasai prinsip operasi sesuau perkakasan dan mesin 
   memahami perolehan, penyimpanan dan penyenggaran sesuatu perkakasan, mesin dan bahan 
   mengendali, menguji, membaik pulih, menservis dan menyenggara sesuatu perkakasan seperti komputer dan mesin 
   membantu mereka bentuk dan mengurus 
   menyelesaikan masalah dalam proses kerja 
   memahami sistem iventori, rekod dan fail 
   memahami amalan pemasaran dan promosi produk 
   memahami prosedur kerja dan peraturan keselamatan di tempat kerja dan 
   meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi
JADUAL PELAKSANAAN 
Bagi menjayakan program ini, aktiviti berikut dilaksanakan seperti dalam jadual pelaksanaan berikut : 
 
AKTIVITI
TARIKH PELAKSANAAAN
PETUGAS
1.  Pemberitahuan kepdaka JPN
29 Jun 1998
PPK
2.  Pengenalpastian sekolah dan firma
1 Julai - 30 Ogos1998
JPN & Sekolah
3.  Mesyuarat penyediaan buku panduan program
25 - 29 Ogos 1998
PPK, JPN & Sekolah
4.  Penghantaran buku panduan program
4 November 1998
PPK
5.  Penubuhan jawatankuasa peringkat negeri dan sekolah
5 - 20 November 1998
JPN & Sekolah
6.  Pemantauan dan peyeliaan
23 Nov - 24 Dis 1998
PPK, JPN & Sekolah
7.  Pelaporan JPN dan PPK
15 - 20 Januari 1998
JPN
 
 

| Program Sandaran Reka Cipta || Program Rintis || Menu Utama |