LATAR
BELAKANG
Kurikulum
Reka Cipta talah mula diperkenalkan di 14 buah sekolah rintis pada tahun
1995 dan diikuti dengan 114 buah sekolah pada tahun berikutnya. Pada
masa ini terdapat 160 buah sekolah di seluruh negara. Reka Cipta
adalah satu mata pelajaran elektif bercorak teknologi yang ditawarkan di
tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah. Kurikulum ini berhasrat memupuk
celik teknologi dan daya kerativiti sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan
pereka cipta yang bukan sahaja boleh mengguna dan mengaplikasikan
hasil teknologi yang sedia ada bahkan menghasilkan barangan baru yang boleh
dieksport ke luar negeri. Disamping pelbagai kemahiran teknikal dan
teknik kreativiti dipelajari, pelajar juga mempelajari perisian Reka Bentuk
Berbantukan Komputer ( Computer-Aided Design ) yang membantu pelajar menghasilkan
model/prototaip dan folio sebagai dua aspek utama dalam penilaian kerja
kursus SPM.
Sebagai
satu mata pelajaran berunsur teknologi yang menekankan kreativiti, pelajar
perlu didedahkan kepada pelbagai kemahiran teknikal dan meluaskan perspektif
minda mereka bagimenghasilkan produk yang berguna dan bernilai komersil
kepada masyarakat sejagat. Menyedari hakikat ini dan disokong oleh
maklum balas daripada guru, pelaksana mata pelajaran ini dari Jabatan Pendidikan
Negeri ( JPN ), Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) mencadangkan satu
program sandaran untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta.
Program ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan
pada 10.6.98.
KONSEP
PROGRAM
1
|
Progam sandaran ialah satu
progam latihan berbentuk pengalaman tempat kerja yang relevan untuk memperkukuhkan
kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil
mata pelajaran Reka Cipta di industri tempatan semasa cuti persekolahan. |
2
.
|
Sebagai program rintis,
program ini dianjurkan untuk pelajar Tingkatan 4 terpilih semasa cuti panjang
persekolahan November/Disember 1998. Empat belas buah sekolah telah
dipilih ( Rujuk Lampiran A )
iaitu sebuah sekolah setiap negeri. |
JUSTIFIKASI
PROGRAM
1
.
|
Sebagai kurikulum yang memerlukan
daya kreativiti yang luas disamping kemahiran teknologi yang relevan, pelajar
perlu didedahkan kepada idea dan amalan teknologi terkini di industri supaya
mereka boleh mencetus dan mengembangkan idea bagi menghasilkan produk yang
inovatif dan benilai komersil. |
2
. |
Memandangkan pengalaman
dan kemudahan di sekolah adalah terhad, progam sandaran seperti ini amat
relevan dan bermakna bagi memperluaskan konsep dan kemahiran pelajar terhadap
mata pelajaran ini. Penggabungjalinan pengajaran-pembelajaran di
sekolah dengan pengalaman pelajar di industri akan mendedahkan mereka kepada
kemahiran-kemahiran generik seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan
amalan keusahawanan. |
3
. |
Mengikut 'Children an Young
Persons ( Employment ) Act 1966' ( muka surat 142 - 143 ) pelajar yang
berumur 14 tahun hingga 16 tahun yang diketegorikan sebagai " orang muda
" dibolehkan terlibat dalam pekerjaan dalam industri ringan dengan kelulusan
/ tajaan kerajaan. Oleh yang demikian pelajar Tingkatan 4 pada akhir
tahun adalah melebihi 16 tahun dan oleh itu boleh mengikutii program sandaran
ini. |
4
. |
Program ini juga akan memberi
persediaan awal ke dunia pekerjaan kepada pelajar terutamanya kepada mereka
yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. |
5
. |
Program ini berbeza dengan
program Sekolah Ke Kerjaya dan Kursus Latihan Kemahiran Lepasan SPM yang
lebih menumpukan kepada memberi pelbagai kemahiran vokasional kepada pelajar
yang tidak atau kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Program sandaran ini lebih spesifik dan berfokus
dari segi tujuan dan peserta. |
6 |
Program sandaran ini dianjurkan
pada musim cuti sekolah agar pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran
lain tidak terjejas. |
7 |
Usaha seperti ini juga dapat
mempereratkan lagi kolaborasi dan kerjasama dua hala di antara sekolah
dan industri tempatan. |
OBJEKTIF
PROGRAM
1 |
Memperkukuhkan kemahiran
teknikal dan memperluaskan lagi daya kreativiti pelajar. |
2 |
Memperoleh idea dan pengalaman
terutamanya dari segi teknik dan amalan perekaciptaan |
3 |
Menghubungkaitkan pelajaran
Reka Cipta dengan amalan-amalan firma berkaitan dan |
4 |
Mempelajari budaya kerja
terutamanya amalan keusahawanan di sektor swasta |
STRUKTUR
DAN JAWATANKUASA
|
Kementerian Pendidikan,
khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab kepada keseluruhan
perjalanan dan penyelarasan program ini. Jabatan Pendidikan Negeri
melantik pegawai yang bertnggungjawab menyelia mata pelajaran Reka Cipta
sebagai penyelaras program di peringkat negeri yang bekerjasama dengan
pengelola program iaitu guru Reka Cipta di sekolah terpilih
( Rujuk Lampiran B ). Pelajar dipilih menghadiri program sandaran
ini digelar pelatih. Tugas dan tanggungjawab ketiga-tiga peringkat
jawatankuasa, firma serta pelatih diperturunkan seperti berikut :
Pusat
Perkembangan Kurikulum
 |
Menyediakan jadual pelaksanaan
dan panduan program |
 |
Mengurus, menyelaras dan
mengawal selia program |
|
Menguruskan insurans perlindungan
pelajar
|
 |
Menilai dan menyediakan
pelaporan keberkesanan
keseluruhan program |
Jabatan
Pendidikan Negeri
 |
Membantu PPK dalam penyelarasan
dan kawal
selia program |
 |
Mengenalpasti dan memilih
sekolah dan firma
. |
 |
Bekerjasama dengan pengelola
program dalam
urusan pemilihan dan rundingan
dengan syarikat |
 |
Menyediakan laporan kemajuan
dan keberkesanan
program mengikut negeri
kepada PPK |
Sekolah
 |
Menubuhkan satu jawatankuasa
yang dipengerusikan
oleh Pengetua |
 |
Bekerjasama dengan penyelaras
negeri dalam urusan
pemilihan dan rundingan
dengan syarikat |
 |
Menenal pasti dan memilih
pelajar yang sesuai
sebagai pelatih |
 |
Mengelola, mengawasi dan
menilai latihan dan
perkembangan pelajar |
 |
Mendapatkan kebenaran daripada
ibu bapa/penjaga
bagi pelajar mengikuti program
ini |
 |
Membantu JPN menyediakan
laporan kemajugan dan
keberkesanan program |
Firma
 |
Memberi latihan dan tugasan
yang relevan kepada
pelatih |
 |
Mengambil tindakan dan melaporkan
kepada pihak sekolah
ibu bapa / penjaga jika
ada kemalangan menimpa pelatih |
 |
Menyediakan kemudahan dan
persekitaran tempat
kerja yang baik dan selamat |
 |
Mengawasi dan menilai prestasi
kerja pelatih
. |
 |
Memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada pelatih |
 |
Memberi pengikhtifan kepada
pelatih
. |
Pelatih
 |
Mematuhi peraturan dan prosedur
kerja firma |
 |
Mempelajarai kemahiran teknikal
dan proses kerja
bidang usaha firma |
 |
Mempelajari pengurusan dan
budaya kerja firma |
 |
Melaksanakan tugasan yang
diberi oleh firma dengan
baik, cekap dan amanah |
|
2.
|
Program
ini khas untuk pelajar yang mengambil Reka Cipta di Tingkatan 4 pada tahun
1998. Program ini adalah opsional dan hanya pelajar yang berminat
dipilih oleh sekolah. |
3
|
Firma-firma yang berhampiran
dengan sekolah / rumah kediman pelajar dipilih bagi memudahkan pelajar
berulang-alik semasa ke tempat kerja |
4
|
Tempoh program ialah selama
dua hingga enam minggu pada musim cuti persekolahan dalam bulan November
- Disembar 1998. Tempoh masa kerja adalah lima hingga seminggu (
Isnin - Jumaat ) dan waktu bekerja tidak melebihi lapan jam sehari. |
5 |
Pelajar dilindungi oleh
Insuran MNI dengan priemium RM 5.00 seorang bagi meliputi kemalangan di
tempat kerja dan semasa waktu bekerja |
BIDANG
USAHA KEMAHIRAN
JADUAL
PELAKSANAAN
Bagi
menjayakan program ini, aktiviti berikut dilaksanakan seperti dalam jadual
pelaksanaan berikut :
AKTIVITI
|
TARIKH PELAKSANAAAN
|
PETUGAS
|
1. Pemberitahuan kepdaka
JPN |
29 Jun 1998
|
PPK
|
2. Pengenalpastian
sekolah dan firma |
1 Julai - 30 Ogos1998
|
JPN & Sekolah
|
3. Mesyuarat penyediaan
buku panduan program |
25 - 29 Ogos 1998
|
PPK, JPN & Sekolah
|
4. Penghantaran buku
panduan program |
4 November 1998
|
PPK
|
5. Penubuhan jawatankuasa
peringkat negeri dan sekolah |
5 - 20 November 1998
|
JPN & Sekolah
|
6. Pemantauan dan
peyeliaan |
23 Nov - 24 Dis 1998
|
PPK, JPN & Sekolah |
7. Pelaporan JPN dan
PPK |
15 - 20 Januari 1998
|
JPN
|
|