KURIKULUM
PRASEKOLAH
KONSEP
& PRINSIP
-
Kanak-kanak dalam lingkungan
umur empat hingga enam tahun pada umumnya berada di peringkat perkembangan
kognitif praoperasi.
-
Kanak-kanak perlu menguasi
penggunaan otot besar dan otot kecil. Di samping itu, mereka perlu mengkordinasikan
pergerakan anggota mtata dan tangan.
-
Kanak-kanak sentiasa
didorong oleh semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka selalu cergas
dan cenderung untuk berkomunikasi.
-
Kanak-kanak memerlukan
perlindungan dan kasih sayang untuk memupuk perasaan yakin diri.
-
Kanak-kanak di peringkat
ini adalah unik dan mempunyai perbezaan yang nyata di antara satu sama
lain
Alam
Persekitaran
-
Alam persekitaran kanak-kanak
prasekolah yang merangkumi alam sekeliling pusat pra sekolah dan rumahtangga
merupakan faktor utama untuk memupuk dan mendorong perkembangan kanak-kanak
yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang.
-
Pengaruh dan peranan
ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat serta sumbangan mereka sangat diperlukan
semasa kanak-kanak membesar.
-
Alam persekitanan kanak-kanak
di rumah dan di puast prasekolah seharusnya mencabar dan boleh menggayakan
pengalaman mereka.
-
Alam persekitaran kanak-kanak
harus selamat, selesa, riang dan penuh dengan kasih sayang.
Prinsip
Pembelajaran
-
Latar belakang kanak-kanak
yang berbesa perlu diambilkira oleh guru.
-
Perbezaan individu dari
segi masa yang sesuai untuk belajar daan kadar kemampuan bagi memperoleh
ilmu pengetahuan hendaklah diambilkira.
-
Semua deria kanak-kanak
hendaklah digunakan supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan.
-
Pembelajaran melalui
pengalaman yang digunakan bahan maujud hendaklah diutamakan.
-
Bermain sambil belajar
dalam suasana riang adalah diutamakan.
-
Pembelajaran hendaklah
dijalankan secara bersepadu.
-
Peranan guru untuk merangsang
imaginasi, kreativiti dan inisiatif kanak-kanak adalah sangat diperlukan.
-
Interaksi yang mesra
antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan alam persekitaran
hendaklah diutamakan.
Aktiviti
Yang Terancang
-
Semua aktiviti prasekolah
hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan
perkembangan kanak-kanak.
-
Aktiviti hendaklah dihunungkaitkan
di antara satu sama lain supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bersepadu
dan menyeluruh.
-
Prinsip mudahubah perlu
ditekankan dalam semua aktiviti.
| Pengenalan
| Matlamat | Objektif
| Konsep & Prinsip
|